, , , , ,

Allahuakbar! Rakyat Palestin Berpesta Menyokong Ketegasan Malaysia Menolak Israel

Salam.my – Sungguh, mereka begitu menghargai keputusan Malaysia mengharamkan penyertaan negara Israel ke kejohanan renang dunia di Sarawak.

Mereka keluar beramai-ramai dan berpesta dengan membawa bendera Malaysia sebagai menunjukkan terima kasih mereka kepada Malaysia

Setiap rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian sudah pasti akan terharu dengan penghargaan yang ditunjukkan oleh rakyat Palestin.

Thank you Malaysia شكراً ماليزيا على أنغام الدحية  Terima Kasih

Malaysian brothers and sisters. Palestinian in Gaza perform folk dance “Dahiya” to thank Malaysia

Pada 10 Januari lepas, Tun Mahathir tidak benarkan atlet Israel masuk Malaysia. Berikut sumber Utusan Malaysia:

Kerajaan tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang akan berlangsung bermula 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sekiranya skuad Israel itu tetap berdegil mahu menyertai kejohanan berkenaan maka ia adalah satu kesalahan.

“Kita tetap tidak benar… Kalau mereka mari juga ia adalah satu kesalahan.

“Jika mereka mahu menarik semula hak penganjuran kejohanan itu dari Malaysia sekali pun, mereka boleh berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) 1/2019 di sini hari ini.

Beliau mengulas berhubung tindakan Malaysia tidak membenarkan atlet Israel menyertai kejohanan tersebut yang mengundang bantahan Jawatankuasa Olimpik Israel yang memberi tekanan berterusan kepada penganjur agar atlet mereka diberikan visa.

Ini memandangkan kejohanan itu dikatakan sebagai platform penting bagi kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) selaku penganjur kejohanan berkenaan turut dilaporkan berdepan situasi ‘ditelan mati emak, diluah mati bapa’ ekoran larangan terhadap atlet Israel daripada menyertai pertandingan itu.

MPM sedar, Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, namun dalam masa sama menjangkakan tekanan berterusan bakal diberikan negara itu melihat kenyataan yang dikeluarkan. – UTUSAN ONLINE

Sumber: Ahmed Abu Ayesh Alnajjar dan Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *