, , , , ,

“Bantah Jawi Tapi Guna Dalam Produk Jualan”, Dr MAZA Gesa Dong Zong Diharamkan

Salam.my – Mufti Perlis gesa kerajaan haramkan Dong Zong kerana berbahaya kepada negara. Baca selanjutnya.

Dalam sebuah video yang dikongsikan di Youtube bertajuk Dong Zong rasis kerana terus bantah tulisan Jawi!

Menurut sumber Free Malaysia Today;

Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin (Dr MAZA) mencadangkan kerajaan mengharamkan kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong yang disifatkannya berbahaya kepada negara seperti kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Katanya, tindakan Dong Zong membantah pengenalan 3 muka surat tulisan Jawi bagi subjek bahasa Melayu di sekolah vernakular ibarat “negara nak berperang” sedangkan ramai ahli perniagaan bukan Islam di negara ini menggunakan tulisan Jawi untuk melariskan produk mereka.

Beliau berkata, masalahnya bukan pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular, tetapi ia membabitkan soal keengganan wujud identiti negara Islam.

“Saya mencadangkan kumpulan itu (Dong Zong) dari dulu diharamkan. Semua orang yang terlibat dalam keganasan LTTE mesti diharamkan, kalau ada menteri mana yang masih ada lagi, negeri mana tak kira Pulau Pinang ke apa, yang terlibat mesti diambil tindakan, mereka berbahaya kepada negara ini. Dong Zong berbahaya untuk negara ini.

“Dia bukan masalah mereka nak baca Jawi (atau) tak baca Jawi, mereka bimbang kepada identiti. Berpuluh tahun lamanya, orang bukan Islam hidup dalam kampung Islam di Malaysia ini, tak pernah ada sesiapa yang dipaksa masuk Islam pun.

“Orang Melayu boleh beli di kedai mereka sehingga jadi tauke dan kaya,” katanya dalam satu kuliah yang dimuat naik ke Facebooknya semalam.

Asri turut mendakwa Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad pernah menyifatkan Dong Zong sebagai pelampau.

Pada 12 Ogos lalu, Mahathir melabelkan Dong Zong sebagai rasis kerana sering membantah keputusan kerajaan, termasuk isu pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Dong Zong terpaksa membatalkan persidangan membincangkan isu pengenalan tulisan Jawi di Kajang pada 28 Dis lalu selepas polis mendapat perintah mahkamah.

Susulan itu, 17 kumpulan pendidikan Cina menyuarakan kekecewaan terhadap tindakan polis menghalang persidangan itu atas alasan rakyat mempunyai kebebasan berhimpun dan bersuara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hasrat Dong Zong menganjurkan persidangan itu dikritik dan dibantah pelbagai pihak, termasuk Mahathir yang bimbang terhadap “reaksi” orang Melayu untuk mengadakan kongres sendiri dan membangkitkan penutupan sekolah Cina.

Asri berkata, isu pengenalan tulisan Jawi di sekolah vernakular kini menjadi krisis negara.

“Inilah satu kebodohan kerana mereka kena tahu majoriti penduduk negara ini takkan suka perkara ini.

“Dong Zong tak nak Jawi tidak apalah, dia tak baca, (tetapi) kita (umat Islam) jangan tak bagi baca.”

Beliau turut membidas sesetengah ahli politik Islam yang menyerang umat Islam menggunakan konsep Rahmatan Lil Alamin.

“Ada orang kita, masa kita kempen ‘Buy Muslim product first’ dia marah…sebahagian tu berada dalam parti politik tertentu, dia kata tak boleh, Rahmatan Lil Alamin kena beli semua.

“Kita kata bukan larang beli, kita kata utamakan (produk keluaran orang Islam).

“Mereka guna kopi Ah Seng boleh, tak jadi masalah. Dia yang buat kopi dan orang yang minum kopi itu tak beriman pun kerana ada tulisan Jawi, tapi nak baca tulisan Jawi yang kementerian cadang tu jadi satu masalah.”

sumber: Free Malaysia Today

Dalam isu yang berkaitan, Prof Dr Ridhuan Tee juga bersetuju agar ROS haramkan Dong Zong

KERUSI PANAS | Episod 27 – ROS Patut Haramkan Dong Zong Masih leka dan buta dengan tindakan Dong Zong? Jika benar tulisan jawi penting, kenapa hanya peringkat bawahan sahaja melalak sedangkan kerajaan terus tarik selimut? Di mana peranan pakar- pakar sejarah? Di mana peranan kementerian? dan di mana peranan Perdana Menteri dalam usaha mengekang tindakan biadab Dong Zong? Kupasannya dalam Kerusi Panas Tajuk ROS Patut Haramkan Dong Zong Panel Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah Pendakwah Bebas Moderator ABDUR RAHMAN RAJI Hanya di TV Pertiwi, aspirasi minda baharu. Juga boleh ditonton secara langsung di laman webTV www.pertiwi.tv atau di Facebook Tv Pertiwi. Sila Like, Komen & Share #KerusiPanas#dongzong#Episod27#AspirasiMindaBaharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *