, , , , ,

Bekas Perokok Ini Kongsi Tips Mudah Berhenti Merokok Pada Bulan Ramadhan (Tanpa Kos & Ubat)

Salam.my – Bulan Ramadhan ialah masa paling sesuai untuk berhenti merokok. Lelaki ini kongsi rahsia mudah berhenti merokok pada bulan puasa.

Ramadhan ni boleh tekad berhenti merokok kawan-kawan.

Bagaimana caranya?

Habiskan rokok terakhir selepas sahur. Bila berbuka, lupakan niat merokok, elakkan ke kedai beli pek baru. Sibukkan diri buat aktiviti lain sebagai ganti. Main dengan anak, makan, makan lagi, solat, tengok tv dan tengok isteri. Boleh berhenti sebenarnya sebab kajian menunjukkan tempoh ketagihan merokok secara purata ialah 4 jam. So lepas berbuka patutnya dah hilang ketagihan.

Tapi biasanya kita nak juga merokok sebab apa? Mindset. Tetapkan mindset kita nak berhenti kerana big why kita. Big why setiap orang berbeza. Ada big why kerana parents (takkan parents tak pernah marah kita merokok?), kerana anak-anak (anak-anak akan contohi kita) dan mungkin juga kerana diri sendiri (nanti sakit siapa nak jaga family?). Bila dah ada big why, lebih mudah kita nak berhenti. Ramadhan, masa paling senang berhenti merokok. Ambil peluang tahun ni. InsyaAllah.

Bayangkan lepas lebih 10 tahun berhenti, bila kira balik penjimatan, boleh buat downpaymemt rumah.

Sebab tu saya nak kawan-kawan berhenti. Banyak perkara lebih bermanfaat kita boleh buat pada diri, keluarga dan masyarakat hasil dari penjimatan tu.

Perumpamaan merokok adalah seperti sedang mengalami mimpi indah, tapi perumpamaan selepas berhenti merokok pula adalah seperti baru tersedar dari mimpi ngeri. Fikir-fikirkan.

Sekadar berkongsi pengalaman untuk kebaikan kawan-kawan.

Semoga bermanfaat buat semua. Men🤲🏻kan yang terbaik

– Bekas perokok tegar 20 batang sehari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *