, , ,

Cara Unik Korea Selatan Tangani Covid-19 Ini Wajar Dicontohi Malaysia. Ada Video

Salam.my – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Facebook beliau telah kongsikan sebuah video pendekatan berbeza yang diambil oleh Korea Selatan bagi menangani wabak Covid-19. Cara yang amat unik.

Innovasi Korea Selatan untuk proses saringan Covid-19

– Jumlah orang yang boleh diuji sehari ditingkatkan 10 kali ganda.
– proses mengambil sample untuk saringan perlu 7 minit sahaja untuk selesai.
– boleh ditempatkan di mana-mana.

Innovasi Korea Selatan untuk proses saringan Covid.- Jumlah orang yang boleh diuji sehari ditingkatkan 10 kali ganda.- proses mengambil sample untuk saringan perlu 7 minit sahaja untuk selesai.- boleh ditempatkan di mana-mana.Kredit Video: South China Morning PressPosting saya kenapa saringan percuma tanpa syarat secara besar-besaran patut dijadikan antara keutamaan kerajaan paling prioriti :https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10156855215125952

Posted by Najib Razak on Isnin, 23 Mac 2020

Kredit Video: South China Morning Press via Facebook Najib Razak

DRNR juga menjelaskan secara panjang lebar dalam postingnya kenapa saringan percuma tanpa syarat secara besar-besaran patut dijadikan antara keutamaan kerajaan paling prioriti:

Pendekatan yang diambil oleh negara Korea Selatan berbeza dengan negara-negara lain.

Korea yang jumlah saiz penduduknya 51 juta orang telah berjaya mengawal kenaikan kes Covid tanpa melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan yang ketat.

Negara itu mengambil langkah untuk memberi saringan percuma kepada sesiapa sahaja yang mahu diuji.

Setakat ini, Korea Selatan sudah membuat lebih 300,000 saringan berbanding 15,196 saringan di Malaysia.

Saya tetap berpendapat bahawa saringan percuma secara besar-besaran patut dijadikan prioriti utama kerajaan Malaysia.

Kerana saya percaya kos untuk memberi saringan percuma kepada sesiapa yang mahu diuji memberi pulangan jauh lebih besar berbanding langkah-langkah lain yang diambil oleh kerajaan.

Saya juga percaya bahawa melaksanakan saringan besar-besaran adalah antara langkah paling efektif untuk melawan Covid.

Kerajaan kata jumlah kos untuk melaksanakan setiap saringan adalah sekitar RM700 seorang.

Ini bermakna jumlah kos untuk melaksanakan 15,196 saringan setakat ini ialah sekitar RM10.6 juta.

Katakanlah kita berjaya menurunkan kos saringan ke RM500 seorang, jumlah kos untuk membuat saringan untuk 1 juta rakyat adalah RM500 juta.

Bayangkan ini.

Jumlah nilai KDNK Malaysia adalah RM1.4 trilion tahun lepas atau sekitar RM3.8 bilion sehari.

Sebab itu, apakah kos RM500 juta berbanding pulangan yang diperolehi jika kita mampu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara kita?

Lagipun, kos setiap saringan Covid sedang menurun pada ketika ini kerana semakin banyak syarikat dalam dunia sedang memperkenalkan kit ujian Covid yang semakin mudah diguna dan semakin murah.

Saranan saya kepada kerajaan ialah:

1. Terus berusaha untuk mengurangkan kos saringan serta masa untuk membuat setiap saringan.

2. Meningkatkan kapasiti untuk membuat saringan dan memudahkan cara Rakyat mendapat saringan.

3. Berpakat dengan rangkaian syarikat perubatan swasta untuk bersama-sama memberi saringan percuma tanpa syarat kepada setiap orang di Malaysia (termasuk orang asing tanpa kira mereka ada permit atau tak ada permit) yang ingin diuji sebab mereka percaya mereka mungkin terdedah kepada risiko Covid.

4. Memberi jaminan bahawa sesiapa yang dikehendaki kuarantin diri secara mandatori di rumah sendiri atau di pusat kuarantin kerajaan selepas diuji akan dibantu dari segi kewangan dan bekalan makanan serta barangan keperluan dalam tempoh kuarantin.

Dan sesiapa yang melanggar tempoh kuarantin ini akan dipenjarakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *