, , , , ,

Covid-19: Peninju Jerman Peluk Islam, Tidak Sabar Menunggu Ramadhan. Ini Sebabnya

Salam.my – Sebuah lagi hikmah di sebalik penularan wabak Covid-19 apabila peninju Jerman ini pilih untuk memeluk Islam. Ada video.

“PENULARAN wabak COVID-19 memberi saya rehat yang diperlukan untuk mencari kepercayaan dalam diri saya lagi.”

Itu kata seorang peninju profesional seni bela diri campuran (MMA), Wilhelm Ott yang mengaitkan hikmah disebalik wabak COVID-19 melanda dunia ketika ini membuka jalan buatnya untuk memeluk Islam pada Jumaat lalu.

Terbaharu, beliau berkata Ramadan merupakan satu tarikh yang dinanti-nantikan kerana ia bakal menjadi ibadah puasanya buat kali pertama.

“Ramadan pertama saya sudah hampir dan saya menantikannya. Sebagai seorang atlet profesional, anda memerlukan keinginan yang kuat. Namun, sekarang saya mempunyai iman yang lebih kuat dan saya akan menjadi Inshaallah lebih kuat lagi,” tulisnya di laman Instagram pada Isnin.Ott, sebelum ini, turut berkongsi saatnya memeluk Islam menerusi sebuah hantaran video di Instagram yang memperlihatkannya sedang mengucap dua kalimah syahadah.

Dia mengakui bahawa dia sudah mula mengenali Islam bertahun-tahun lalu, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa dan membiarkan dirinya terpengaruh secara politik.

“Ketika saya mengalami masa-masa sukar, iman Islam memberi saya kekuatan yang diperlukan.

“Iman saya sekarang cukup kuat sehingga saya dapat mengenali satu-satunya Tuhan yang benar dan mengucap syahadah dan berbangga, kini saya bergelar Muslim,” katanya.

Selain mendapat lebih 289 ribu tontonan pada kemas kini itu, bintang MMA itu turut dihujani dengan mesej-mesej positif dari pengikut yang turut mengucapkan tahniah kepadanya.

“Hampir setengah juta mesej telah sampai kepada saya di Facebook dan Instagram sejak kebelakangan ini. Saya tidak dapat menjawab semuanya. Terima kasih atas ucapan mesra anda,” katanya.

Ott merupakan peninju MMA dari Jerman dan mempunyai seramai lebih 58,200 pengikut di laman Instagram miliknya.

sumber: Astro Awani

Dalam sumber lain, Morocco World News;

Pejuang Seni Mempertahankan Diri Campuran Austria (MMA) Wilhelm Ott mengumumkan masuk Islam pada 16 April, dengan mengatakan krisis COVID-19 membantunya mencari kepercayaannya.

Dia mengatakan dalam sebuah posting di Instagram bahawa Islam telah ada di fikirannya selama bertahun-tahun, tetapi ada kalanya dia “tidak dapat melakukan apa-apa dengannya.”

“Saya membiarkan diri saya terpengaruh secara politik. Tetapi ketika saya menghadapi masa-masa sukar, kepercayaan Islam memberi saya kekuatan yang diperlukan, ”katanya.

 
Dalam catatan tersebut, pejuang MMA memuat naik video dengan Shahada atau kesaksiannya, akidah Islam dan salah satu daripada lima rukun Islam yang menyatakan kepercayaan terhadap keesaan Tuhan dan penerimaan Muhammad sebagai utusan Tuhan.

“Iman saya sekarang cukup kuat sehingga saya dapat mengenali satu-satunya Tuhan yang benar dan berbicara dengan Shahada yang dapat mengatakan dengan bangga, ya saya seorang Muslim,” kata Ott.

Dalam catatan lain, Ott mengucapkan terima kasih atas reaksi positif yang dia terima dari peminatnya dan masyarakat Islam.

“Bukan niat saya untuk menjadi besar. Saya sebenarnya menyiarkannya kerana orang di sekeliling saya dan rakan-rakan mengetahuinya, ”katanya.

Ott, dijuluki “yang luar biasa,” lahir pada tahun 1982. Dia menduduki tempat ke-74 dari 615 EU Wester Pro Welterweights yang aktif, menurut Tapologi sumber MMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *