,

Disorok Dalam Peti Sejuk. Ini Luahan Terkini Ibu Bayi Buat Ramai Menitiskan Air Mata

Disorok Dalam Peti Sejuk. Ini Luahan Terkini Ibu Bayi Buat Ramai Menitiskan Air Mata | Salam.my – Rakyat Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat bayi yang dikatakan diculik dalam peti sejuk di rumah pengasuh. Luahan terkini ibu bayi buat ramai menitiskan air mata. Allahu sedih sekali. Semoga tabah.

LUAHAN IBU MANGSA YANG BUAT RAMAI SAYU

Adam sayang.. Sejuk ya dalam peti tu. Xpe sayang nanti masuk syurga semua indah-indah yang Adam dapat.

Ingat pesan mama jaga diri kat sana. Nanti mama papa datang ye sayang kita mandi buih lagi.

Innalillahiwainnalilahirajium.

Terima kasih kepada kawan-kawan, saudara mara dan rakyat Malaysia semua kerana berusaha cari Adam dan doa baik-baik untuk Adam.

Adam Rayqal Bin Mohd Sufi Naeif
9/2/2018-3/7/2018

Sumber: FB Farah Madi

Bayi ‘diculik’ dijumpai mati dalam peti sejuk pengasuh

Bayi lelaki berusia tiga bulan yang didakwa dilarikan individu tidak dikenali pada Selasa dijumpai mati di rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves. Mayat Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui di dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di kediaman itu kira-kira jam 11 malam tadi, lapor Berita Harian.

sumber: Astro Awani, Khalifah Mail Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *