, , , , , ,

Erdogan Buat Kejutan Sahur Bersama Mahasiswa, Apa Yang Terjadi Selepas Itu Lebih Mengejutkan!

Erdogan Buat Kejutan Sahur Bersama Mahasiswa, Apa Yang Terjadi Selepas Itu Lebih Mengejutkan! | Salam.my – Seorang mahasiswa sengaja berlawak menjemput Presiden Turki, Erdogan untuk bersahur bersama di sebuah asrama universiti di Ankara, Turki. Pukul 5 pagi suasana universiti jadi gempar apabila sesuatu terjadi. Presiden Erdogan benar-benar datang sahur!

ERDOGAN BUAT KEJUTAN SAHUR BERSAMA

Presiden Recep Tayyip Erdoğan bergabung dengan para pemuda untuk makan sahur bersama di asrama mahasiswa di ibukota Turki, Ankara, setelah menerima undangan melalui Twitter pada hari Jumaat.

Güngör Atak yang merupakan seorang mahasiswa di Fakulti Pergigian, Yıldırım Beyazıt University Ankara, mengirim pesanan itu kepada presiden di Twitter miliknya, mengundangnya untuk sertai dengan para mahasiswa untuk makan sahur di asrama mereka.

“Presiden yang terhormat, bolehkah Anda menjadi tetamu kami di asrama Hüseyin Gazi dan sahur bersama?” tanya mahasiswa tersebut.

“Saya akan datang jika teh kalian sudah siap,” jawab presiden.

Kejutan berlaku apabila ternyata Presiden Erdogan datang ke universiti dan bersahur bersama dengan mahasiswa universiti. Inilah pemimpian yang sangat sempoi dan dicintai ramai rakyat Turki.

Dalam tweet kemudian, presiden memposting video tentang makanan yang beliau nikmati dengan para mahasiswa di asrama.

Para mahasiswa sangat gembira dapat melihat presiden. Mereka menyambut Erdoğan, berkesempatan untuk berbincang dan berselfie dengann beliau selama kunjungan tersebut. (Sumber: Turkinesia)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *