, , , , ,

“I am a Hindu and I Think I Need to Write This Up” Doktor India Puji Jemaah Tabligh

Salam.my – Tular posting oleh seorang doktor India memuji sikap pesakit Covid-19 dari kluster jemaah tabligh. Post itu menerima puluhan ribu likes dan kongsian.

I am Malaysian doctor, dont look at me like im hindu,im buddha n etc
Terkesan dengan pergi ke pusat kuarantin yang kebanyakan tabligh yg ikut ijtimak seri petaling 🖐 jadi aku nak cerita sedikit pengalaman aku.
Di tawau pusat kuarantine kami di IPG dekat balung tu. Kami tanya keadaan mereka seharian, ada masalah apa apa di tempat penginapan ka, ada develop gejala2 batuk demam selsema ka, dan melayan apa saja keluhan mereka dan kami akan cuba perbaiki kelemahan dari kami dan cuba memenuhi permintaan mereka tapi kami juga ada byk sekat dan batasan.tidak bole la expect penginapan ini 100% perfect gitu bah. pasti ada kekurangan dan kami pun tau

Keluhan pesakit disini biasanya makanan. Makanan seharian mereka adalah nasi putih/ ayam atau ikan goreng dengan sedikit sayur rebus gitu .😑😑😑
“makanan la doctor kering sangat takde kuah2 gitu..tapi kami makan saja la dr untuk isi perut,nak buat macam mana kan ” Kesian memang kesian. Bayangkan makan 3 kali sehari menu tawar yang sama .kamu rasa?

Bukan sebab mereka manja
Tapi cuba kita bayangkan diri kita di tempat mereka. Terkurung dlm bilik 14 hari, makanan itu itu je dan sejuk, rindu keluarga, takde entertainment lgsg Bosan, sedih, berbeza dengan kuarantin dirumah bersama keluarga. Dont judge mereka so fast.🖐
Something to be respected bila I see them always pray jam2 12 mereka solat lps tu duduk atas katil.mereka baca alquran. Dengan keadaan kurang selesa gitu panas2 dan mereka tetap tidak terlepas solat,mengkhatam al quran. Salute mereka

Memang la aku pun rasa geram juga awal2 kenapala cluster tabligh ni bawa virus “ke sini ke sana” But lepas involve in covid team nie, ternyata bukan yg seperti diwar warkan di social media, sebenarynya orang tabligh nie banyak yang munculkan diri, volunterly dtg nak screen diri mereka.
Skrg di pusat kuarantin pun tidakla mereka keluh nak ini nak itu seperti elit baru tu.mereka ikut je “doctor buatla apa yang terbaik, kami ikut je doctor” 😑😑

Sebenarnya Tuhan tolong Malaysia nie sebab awal2 kita kena covid nie 1st cluster besar kan tabligh, memang semua maki hamun mereka,aku juga marah . Tapi ada aku terbaca post org lain hari tu yg bikin aku fikir dalam juga
” nasib cluster tabligh yg kena dulu, senang kita nak kenalpasti mereka,sebab pakai kopiah, berjanggut panjang(kebanyakan) ,berbaju jubah yaa jadi senang kita nak kesan mereka bawa mereka untuk screen dan ambil sampel dan tempatkan mereka di pusat kuarantin. bayangkan di negara luar, mcm mana mereka mau detect siapa siapa yg berisiko dpt covid nie”
so itula selalu ada je kebaikan daripada apa yg kita pikir buruk.

Aku dapat pengajaran juga yg kita kena selalu pikir postive, Husnuzon, terima dengan hati terbuka not judgemental atau discriminative siapa pun. kita takde Hak!!
Peringatan untuk semua termasuk aku, skrg ni kita lawan covid bukan tindas sesama manusia, dont play race religion card ya this is not the time🖐

Corona virus duno who is malay,chinese indian sikh iban kadazan dusun bajau dia attack semua lapisan orang!

I am a hindu and i think i need to write this up

sumber: Lavennia Gayatri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *