, , , , , ,

“Jadikan Wang Simpanan Kepada Emas” Ini Sebabnya Yang Buat Ramai Terkejut

Salam.my – Kami kongsikan video dari channel Youtube Emas2U ini untuk anda ambil perhatian tentang kepentingan menyimpan emas.

Ustaz ini menegaskan agar kita mula menyimpan emas dan perak selaras dengan hadith nabi. Katanya akan tiba masa duit ringgit tiada lagi nilainya. Jadi umat Islam khususnya perlu bersedia dari sekarang. Tonton video ini.

sumber: Emas2u.com

Nak miliki emas? Ini 2 cara mudah beli emas.

Kami kongsikan juga sebuah artikel dari FB. Semoga bermanfaat

Nabi Muhammad Menyuruh Kita Menyimpan Emas & Perak

Emas dan perak tidak salah untuk disimpan. Bagaimana untuk mendapatkannya jika kita nak simpan emas & perak sebagai ‘penyimpan nilai’ harta & kekayaan kita? Nak pergi melombong sendiri ke? Praktikal nya, lebih senang dibeli sahaja.

Dan mengapa pula kita nak kena simpan emas & perak tu?

Jawapan saya senang, dah ada dalam hadis yang disuruh oleh Nabi Muhammad untuk kita menyimpan emas & perak. Saya masukkan lagi sekali hadis itu;

“Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham.”

(musnad imam ahmad ibn hanbal)

Suka saya tafsirkan hadis di atas (pada fahaman saya lah), “Akan tiba satu zaman” membawa erti zaman dari masa depan, yang kita tak tahu bila tarikhnya yang tepat. Apa yang akan terjadi pada zaman itu nanti? maka disambung Rasulullah, “tiada apa yang tinggal boleh digunakan oleh umat manusia” maksud di sini, tiada apa yang bernilai boleh digunakan oleh manusia pada ketika itu. Justeru, apa kah tindakan yang patut kita ambil? Tindakan yang perlu dibuat dari sekarang? disambung lagi, “maka simpanlah dinar & dirham”. Dalam konteks ini dinar refer kepada emas & dirham refer kepada perak. Rasulullah tak kata, maka waktu itu berpusu2 orang mencari emas & perak, kerana mungkin bila tiba waktu tersebut, sudah terlambat untuk kita start mencari emas & perak. Oleh itu, Baginda menasihatkan kita semua menyimpannya dari sekarang.

Dan cara untuk mendapatkannya sekarang adalah dengan membeli. Emas adalah untuk jangka masa panjang. Bila saya jual emas, saya tak menggalakkan untuk ia dijual dalam waktu yang singkat, hanya untuk meraih untung pulangannya, dan seterusnya diulang proses beli jual tersebut.

Saya menggalakkan orang membeli & menyimpan untuk tempoh yang lama, dan untuk tujuan tertentu seperti untuk menampung kos naik haji, kos pendidikan anak-anak mahupun kos perkahwinan. Dan ini bukanlah harus dilakukan dalam waktu 1 atau 2 tahun.

Untuk kos naik haji seumpamanya, eloklah menyimpan emas sekarang jika ingin menunaikan haji lagi 5 atau 10 tahun. Begitu juga halnya dengan education anak2, seeloknya, bila anak masih bayi atau masih kanak2, beli emas untuknya dan simpan untuk tujuan menapung kos mereka masuk universiti pada 17 tahun akan datang.

Samalah juga kisahnya untuk tujuan berkahwin. Pada ketika kita memerlukan wang itulah, baru kita jual emas yg disimpan tersebut. (itupun jika waktu itu matawang masih dlm RM, jika sudah dalam dinar, gunakan sahaja tanpa perlu di’liquid’kan). Ini kerana, emas mempunyai satu sifat “penyimpan nilai” yang baik dan ia juga mampu menampung inflasi.

Berbanding jika kita menyimpan wang, tak kiralah dalam bentuk RM, atau USD hatta EURO sekalipun, nilainya akan jatuh. Kenapa?Saya masih ingat, tatkala saya darjah 1 dulu, ayah (arwah) saya cuma beri 50sen untuk belanja sekolah. 20sen saya beli nasi lemak, 10sen air oren, dan baki 20sen lagi samada saya menabung (yang akhirnya selalu ditebuk oleh abang & kakak saya..hehehe) ataupun buat belanja belah petang. Sekarang, kakak saya bagi duit belanja anaknya ke sekolah RM2.00 paling sedikit.

Itu untuk mengenyangkan perut anak buah saya tu. Kenapa tidak sama dengan saya, bagi saja 50sen? Kurus keringlah rasanya dia. (ketika ini, saya termenung sejenak mengenangkan nasib org2 yang kurang kemampuan dlm menanggung anak2..semoga Allah melimpahi mereka dengan rezeki yg lebih). Nampak kan, betapa jatuhnya nilai ringgit kita?

Sedangkan pada zaman Rasulullah dahulu, harga seekor kambing adalah 1 Dinar, dan hari ini tetap harganya 1 Dinar. Kukuhnya janji Allah tentang nilai emas ini. Bayangkan jika ayah2 kita sejak dulu dibayar gajinya dalam emas/dinar, tak akan ada siapa yang merungut tentang inflasi pada zaman sekarang!Dan saya rasa, kelak jika dinar dijadikan matawang, tak ada sesiapa yang akan menyorokkan emas2 mereka.

Buat apa nak disorok, pada ketika itu kita memerlukan emas & perak untuk urusan seharian, dan pada ketika itu menyimpannya sudah tidak praktikal lagi. Dan pada waktu itu juga, saya mungkin sudah tidak menjual emas jongkong/dinar, mungkin hanya barang kemas agaknya. Tengok lah nanti, masih jauh ke depan!

Sekian, Wallahu alam. Beberapa hadis yang menyebut tentang emas, dinar, perak dan dirhamDari Abu Hurairah r.a., katanya:

“Rasulullah s.a.w. bersabda:”Sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk perjuangan fisabilillah, sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk seseorang hamba sahaya – lalu dapat segera merdeka, sebuah dinar yang engkau sedekahkan kepada seseorang miskin dan sebuah dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, maka yang terbesar pahalanya ialah yang engkau nafkahkan kepada keluargamu itu.”

(Riwayat Muslim)

Dari Abu Abdillah (ada yang mengatakan namanya itu ialah Abu Abdirrahman) iaitu Tsauban bin Bujdud, yakni hamba sahaya Rasulullah s.a.w., katanya:

“Rasulullah s.a.w. bersabda:”Seutama-utama dinar yang dinafkahkan oleh seseorang lelaki ialah dinar yang dinafkahkan kepada keluarganya, dan juga dinar yang dinafkahkan kepada kenderaannya untuk berjuang fi-sabilillah dan pula yang dinafkahkan kepada sahabat-sahabatnya untuk berjuang fisabilillah juga.”

(Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tiada seorang pun yang memiliki emas dan tidak pula yang memiliki perak, lalu ia tidak menunaikan haknya – zakatnya – dari emas dan perak itu, melainkan apabila telah tiba hari kiamat nanti dibuatkan untuknya beberapa lembaran dari api neraka lalu di-panaskanlah dalam neraka Jahanam, kemudian diseterikalah lambung, kening dan punggungnya dengan lembaran-lembaran tadi, setiap kali ia telah menjadi dingin lalu dikembalikan lagi untuknya – yakni dipanaskan dan diseterikakan lagi. Hal sedemikian itu terjadi dalam masa yang perkiraan lamanya ialah selama lima puluh ribu tahun – menurut hitungan hari dunia, sehingga diputuskanlah antara sekalian hamba Tuhan, lalu orang itu dapat mengetahui kelanjutan nasib dirinya, ada kalanya ke syurga dan ada kalanya ke neraka.”….

(Muttafaq ‘alaih)

Dari Abuddarda’ r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidakkah engkau semua suka kalau saya beritahukan kepadamu semua akan sebaik-baik amalanmu, juga seindah-indahnya bagi Tuhan yang Maha Merajaimu semua, serta yang tertinggi dalam derajat-derajatmu semua, bahkan lebih baik untukmu semua dari-pada menafkahkan emas dan perak, juga lebih baik untukmu semua daripada engkau semua bertemu dengan musuhmu lalu engkau tebas leher-leher mereka itu dan merekapun menebas leher-lehermu semua?” Para sahabat berkata: “Baiklah.” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Yaitu berzikir kepada Allah Ta’ala.”

(Riwayat Termidzi)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Para manusia ini adalah bagaikan benda logam, sebagaimana juga logam emas dan perak. Orang-orang pilihan di antara mereka di zaman Jahiliyah adalah orang-orang pilihan pula di zaman Islam, jikalau mereka menjadi pandai – dalam hal agama. Ruh-ruh itu adalah sekumpulan tentera yang berlain-lainan, maka mana yang dikenal dari golongan ruh-ruh tadi tentulah dapat menjadi rukun damai, sedang mana yang tidak dikenalinya dari golongan ruh-ruh itu tentulah berselisihan – maksudnya ruh baik berkumpulnya ialah dengan ruh baik, sedang yang buruk dengan yang buruk.”

(Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Binasalah – yakni celakalah – orang yang menjadi hambanya dinar – emas – dan dirham – perak, beludru sutera serta pakaian. Jikalau ia diberi itu relalah hatinya dan jikalau tidak diberi, maka tidaklah rela – maksudnya ialah amat sangat tamaknya.

(Riwayat Bukhari)

Wallahualam

MUNCULNYA GALIAN-GALIAN BUMI

Ertinya: Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”. H.R.Baihaqi

Keterangan

Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. sejak limabelas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi, seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu di antara petanda hampirnya hari qiamat.

Wallahua’lam. Semoga bermanfaat.

Nak miliki emas? Ini 2 cara mudah beli emas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *