, , , ,

Jangan Harap Kempen BMF Berjaya Jika Tiada 3 Mindset Ini

Salam.my – Sejak kempen BMF dapat sambutan, banyak peningkatan jualan produk muslim yang kita mula dengari. Namun, bagi memastikan kempen #BMF ini berjaya, umat Islam di Malaysia wajib ambil serius 3 perkara ini.

#1 Perbetulkan Niat

Membeli produk atau servis orang muslim melalui kempen BMF hendaklah diniatkan kerana Allah. Kita hendak bantu agama Islam, kita hendak bantu orang-orang muslim dan kita hendak meningkatkan ekonomi orang Islam. Seperti yang disebut dalam artikel lepas, jangan pandang remeh kuasa kempen BMF, ini 10 impak besar kempen BMF kepada Malaysia.

#2 Membeli, Bersatu & Menyumbang

Ikut kemampuan kita, utamakan membeli produk muslim terlebih dahulu. Hendaklah kita bersatu dan elakkan persengketaan antara kita.

Selain itu, kita juga digalakkan sertai group Facebook contohnya ڤرساتوان ايكونومي مسليم ملايسا dan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) seperti yang dianjurkan oleh Pengerusi PPIM, Nadzim Johan. Penyertaan dalam group dan koperasi seperti ini akan membantu meningkatkan semangat serta perpaduan dalam melaksanakan kempen BMF. Hasrat membuka 100 cawangan Malakat Mall insyaAllah akan menjadi kenyataan.

KOPPIM – PELAN EKOSISTEM EKONOMI ISLAM BARU

Kita juga boleh bantu menyumbang (dengan niat infaq) ke arah pembangunan pelan ekosistem ekonomi Islam baru ini agar matlamat kempen BMF ini secara umum berjaya.

Sampaikan dan panjangkan kempen BMF ini kepada semua kenalan.

#3 Istiqomah – Berterusan

Minta maaf cakap, tapi itulah attitude ramai orang kita, bila berkempen, selalunya hangat-hangat tahi ayam. Awal-awal je panas, lepas tu suam, kemudian stop terus. Ini membuatkan syarikat-syarikat kapitalis menggelakkan kita. Jadi, bagi memastikan kempen BMF terus berjalan dan berjaya, hendaklah kita terus istiqomah meneruskan kempen BMF ini sampai bila-bila.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *