,

“Kaligrafi Cina pupuk perpaduan, tulisan Jawi pula dikata kuno & sampah”. Komen Anda?

Salam.my – Pelik tak, apa yang berlaku di Malaysia sekarang?

Menjelang Tahun Baru Cina yang akan disambut di Malaysia tidak lama lagi, Majlis Perwakilan Rakyat Zon Lembah Pantai dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil baru-baru inimenganjurkan sebuah bengkel seni kaligrafi Cina.

4 Jan 2020: YB @fahmi_fadzil di Bengkel Penulisan Seni Kaligrafi Tahun Baru Cina di Bangsar. Bengkel ini adalah anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Zon Lembah Pantai Subzon 2 dengan kerjasama @OmbakKitchen dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai.#LembahPantaiDiHatiku pic.twitter.com/nsI4Pz8n16— Pejabat YB Fahmi Fadzil (@LembahPantai121) January 4, 2020

Salah seorang peserta Shoba Veera berkata, mempelajari seni itu dapat mengenali budaya dan warisan masyarakat Cina sekaligus merapatkan jurang perbezaan antara kaum dan menyatupadukan rakyat Malaysia.

Kenyataan tersebut menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen setelah pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular menerima bantahan hebat daripada beberapa pihak.

Menerusi laman Twitter, rata-rata mempersoalkan bagaimana kaligrafi Cina boleh dianggap memupuk perpaduan, manakala tulisan Jawi pula dikatakan tulisan kuno selain menjadi isu perkauman dan menganggu keharmonian pelbagai kaum.

Ini beberapa komen netizen;

Jawi pecah belah kaum

Kaligrafi Cina pupuk perpaduan

Negara apa aku duduk ni

YB khianat maruah bangsa sendiri

Belajar Jawi katanya sampah

Apa nak jadi Malaysia Baru?

Anti-Jawi gembira la pasal ni

Terdahulu, kabinet mahu pembelajaran tulisan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu diperkenalkan bagi murid Tahun 4 di sekolah vernakular mulai tahun ini.

Sumber : Bernama , Twitter via Oh My Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *