, , , , , ,

Lelaki Ini Sedia Peluk Islam Jika 6 Keraguannya Dijawab. Apa Yang Berlaku Selepas Itu Buat Ramai Terkejut. Ada Video.

Salam.my – Penceramah terkemuka dunia, Dr Zakir Naik ditanya 6 soalan oleh seorang pemuda bernama Kelvin yang beragama kristian. Apa yang berlaku di penghujung sesi itu buat ramai terkejut.

Soalan pertama yang ditanya lelaki itu, “Bagaimana hendak tahu Islam adalah agama yang benar dan perlu dianuti?” dijawab dengan tenang dan penuh ilmiah oleh Dr Zakir Naik. Seperti biasa, jawapannya disokong dengan fakta yang berkaitan sains dan agama, dikuatkan dengan petikan ayat-ayat al’Qur’an.

Soalan kedua, “Bagaimana nak tahu Islam adalah benar?” dan seterusnya soalan ketiga, lelaki itu pernah mendengar ceramah Dr Zakir Naik yang menyatakan bahawa Jesus Christ pernah berkata “Jika kau ingin masuk syurga, kau harus mengikuti perintah Tuhan dan mengikuti semua hukum di Perjanjian Lama”

Dr Zakir Naik juga menjawab dengan menggunakan logik dan kata-kata para ilmuan, seperti, antaranya Albert Einstein yang pernah berkata “Sains tanpa Agama itu cacat, Agama tanpa Sains itu buta”.

Dr Zakir Naik seterusnya menegaskan dalam Al-Qur’an terdapat lebih 6000 ayat atau tanda.

Bukti-bukti sains seperti penciptaan alam raya (Anbiya 21:30), bumi itu bulat dan bukan mendatar, bumi itu berbentuk geo-sferikal seperti telur burung unta (Naaziat 79:30), dan cahaya bulan adalah lantunan dari cahaya matahari dan bukan cahayanya sendiri juga telah dikemukan (Al-Furqan 25:61).

Soalan-soalan seterusnya boleh dilihat dalam video ini:

Lelaki Ini Sedia Peluk Islam Jika 6 Keraguannya Di Jawab

Lelaki Ini Sedia Peluk Islam Jika 6 Keraguannya Di Jawab

Posted by MHTV ‘TV Untuk Semua’ on Isnin, 2 Disember 2019

Dr Zakir Naik mengakhiri sesi soal jawab itu dengan mengatakan, jika kamu memeluk Islam, kamu akan jadi kristian yang lebih baik dari orang kristian sendiri.

Apa yang berlaku di hujung sesi tersebut, lelaki itu terima semua jawapan Dr Zakir Naik sebagai menjawab semua soalannya. Dan beliau bersetuju memeluk Islam.

Allahuakbar!

Kongsikan artikel ini, semoga lebih ramai yang memeluk Islam selepas ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *