, , , ,

Permintaan Muallaf 14 Tahun Ini Buat Ramai Terkejut

Salam.my – Kami tertarik dengan sebuah perkongsian oleh Firdaus Wong di Facebooknya berkaitan permohonan yang dilontarkan oleh muallaf yang berusia 14 tahun ini. Ini permintaan beliau

Semalam semasa sesi soal-jawab di Musolla Seri Baiduri, Ukay Perdana, 5 soalan diajukan kepada saya. Antara soalan yang menarik perhatian dari seorang remaja memakai jubah putih. Soalannya bercampur Inggeris & Bahasa Melayu.

Selesai menjawab soalannya, saya berkata kepada saya mahu berjumpa dengan beliau selepas kuliah. Saya tertarik dengan kepetahan dan soalan yang ditanya oleh beliau.

Selesai kuliah saya mendekatinya dan dia memperkenalkan diri sebagai Muhammad Vynner Phua Ten Fu dan beliau baru berusia 14 tahun. Beliau baru memeluk Islam 3 tahun lepas bersama dengan ibunya dan mampu bertutur dalam Bahasa Melayu, Inggeris & Mandarin. Beliau juga sedang mengikuti kelas Bible menerusi seorang Missionari terkenal di Amerika Syarikat (patutlah soalannya lain macam). Beliau bertanya kepada saya;

“I want to be like you. Can I be your student? Can you train me to do dawah?”

Sebelum sempat saya menjawab, ibunya datang menyambung;

“Brother, dia selalu bagitau kepada saya dia nak jumpa Brother. Saya pun banyak kali mesej Facebook Brother tapi takde reply 🤨. Dia selalu kata dengan saya dia nak belajar dan jadi student brother. Boleh Brother ambil ajar dia & ambil dia jadi student brother? Dia sangat talented dan mahu berdakwah macam brother.”

Saya meminta maaf kepada ibunya kerana mesejnya tidak dibalas kerana terlalu banyak mesej yang masuk ke inbox kami sehingga tidak menang tangan kakitangan MRM membalas semuanya. Lalu saya menjawab;

“How I can reject someone like him (Muhammad Vynner) who had shown such a good attitude and strong desire to do dawah at such a young age?”

Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala kurniakan kekuatan dan kebijaksanaan buat adik Muhammad Vynner Puah untuk mendalami Islam dan melakukan dakwah. Jikalau adik Vynner boleh, saya yakin sahabat semua juga mampu melakukannya.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Ayuh sahabat semua.

Sumber: Firdaus Wong Wai Hung – Official via Salam.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *