, ,

Portal China Dedah Punca Penghijrahan Besar-Besaran Orang China Ke Malaysia

Salam.my – Portal antarabangsa South China Morning Post (SCMP) dalam sebuah artikelnya mendedahkan kenapa semakin ramai rakyat China mula berpindah ke Malaysia? Apa tujuan di sebalik penghijrahan besar-besaran ini?

Petikan tajuk dan sub artikel asal Why are Chinese moving to Malaysia by the thousands?:

Dengan pilihanraya yang bakal tiba, ketegangan kaum yang sering berlaku di negara Malaysia berlaku seperti biasa, tetapi itu tidak menghalang minat ‘gelombang ketiga’ pendatang dari China untuk berpindah ke Malaysia.

Artikel penuh: https://www.scmp.com/week-asia/geopolitics/article/2080869/why-are-chinese-moving-malaysia-thousands

Viral sebuah mesej di Whatsapp berkaitan isu ini, untuk kita fikir-fikirkan:

MALAYSIA BAKAL JADI TANAH CINA, BUKAN LAGI BUMI MELAYU?

  1. Portal berita antarabangsa scmp.com melaporkan penghijrahan beramai-ramai orang China ke Malaysia: “Why Are Chinese Moving To Malaysia By The Thousands?’
  2. Dilaporkan, melalui Skim MM2H (Malaysia My Second Home), beribu-ribu warga China ini diberi hak kerakyatan untuk tinggal di Malaysia.
  3. Jadi, bagaimana perkara ini bakal menyisihkan orang Melayu di bumi Melayu sendiri?
  4. Orang-orang China yang datang beramai-ramai ini bukanlah buruh atau golongan miskin. Mereka adalah kaya-raya yang dan rata-rata adalah professional.
  5. Mereka ini akan tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan tidak perlu berasimilasi dengan orang Melayu kerana populasi Cina sememangnya sudah majoriti di bandar.
  6. Jadi, orang-orang Cina ini bergabung untuk menguasai ekonomi dengan tambahan “kekayaan baru” yang dibawa “pendatang baru” ini dari China.
  7. Untuk pengetahuan anda yang masih belum ‘bangun tidur’, China kini bukan lagi seperti China yang dahulu.
  8. Revolusi industri China telah meningkatkan taraf ekonomi rakyatnya, melahirkan 800 juta golongan kelas pertengahan. Ramai dari 800 juta ini mencari kehidupan baru di luar negara.
  9. Antara negara yang menjadi pilihan mereka adalah Malaysia, kerana populasi Cina yang tinggi di bandar dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina Malaysia.
  10. Orang-orang ‘Cina Baru’ ini memang dikenali sebagai sombong dan tidak mahu bergaul dengan orang lain. Mereka memandang rendah kepada kaum Melayu kerana merasakan negara asal China adalah negara yang jauh lebih hebat.
  11. Sasaran mereka ialah bila mereka menguasai ekonomi dan populasi bandar besar nanti, automatik mereka akan mengawal ekonomi dan pengaruh politik Malaysia.
  12. Dari segi sosio-ekonomi pula, mereka ini hanya “preferred Chinese” dan hanya membuka peluang pekerjaan sesama mereka. Orang Melayu jangan haraplah untuk kerja berhijrah di bandar. Jika ada kerja pun, kerja bawahan sahaja.
  13. Akhirnya, ini akan menyebabkan Melayu akan terus bergelut dengan kemiskinan di kampung, sambil hanya mampu melihat orang-orang Cina ‘baru’ dan ‘lama’ ini hidup mewah bergembira di Kuala Lumpur.
  14. Sebab itulah orang Melayu kini perlu bersatu. Hentikan perbalahan sia-sia sesama sendiri.

Portal berita antarabangsa scmp.com melaporkan penghijrahan beramai-ramai orang China ke Malaysia: “Why Are Chinese Moving To Malaysia By The Thousands?”

2 Comments

Leave a Reply
  1. Penghijrahan pendatang china secara beramai2 ke malaysia sememang nya sengaja dirancang oleh pehak tertentu dalam arena politik malaysia untuk menjayakan agenda politik nya mencinakan malaysia…

  2. Melayu sudah dikurung didalam felda, felcra dll. Tanah2 rancangan ini kebanyakanya dibuat asing2 dan tidak terhubung satu sama lain.
    Menjadi sukar untuk mereka maju
    Contoh: jika ada 1000 keluarga.
    Ada satu kedai runcit, pelanggan mereka ada seribu keluarga. Tapi bila ada dua sahaja kedai runcit pelanggan mereka sudah menyusut menjadi 500 keluarga. 3? =340. 4? = 250 keluarga. Bagaimana nak maju?
    Boleh tetapi pasti sangat lembab atas faktor tkdak boleh menjadi tumpuan pelanggan, kemudahan dan bekalan.
    Fikir3 kan dan bertidaklah segera menjadi pengeluar keperluan setempat untuk mengurangkan aliran keluar keewangan ke bandar.

Leave a Reply to Zain al Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *