, , ,

SAKIT HATI! MENYAMPAH! GERAM! SEDIH! BENGANG! – Luahan Mejar Mohd Fitri Selepas Tonton Filem Paskal Ini Buat Ramai Terkejut

SAKIT HATI! MENYAMPAH! GERAM! SEDIH! BENGANG! – Luahan Mejar Mohd Fitri Selepas Tonton Filem Paskal Ini Buat Ramai Terkejut | Salam.my – Ramai yang cakap filem Paskal hebat. Ini pula pandangan Mejar Mohd Fitri.

Dari fb :

Mejar Mohd Fitri

Saya baru keluar dari wayang, tengok filem PASKAL =

SAKIT HATI..! MENYAMPAH..! GERAM..! SEDIH..! BENGANG..!

Itulah 5 perasaan yg saya rasa selepas menonton filem PASKAL ini bersama isteri saya tadi.

1. SAKIT HATI.. kerana filem ini telah membuatkan filem-filem genre tentera yang lain sebelum ini berada dibawahnya! Habis semua kehebatan filem Bravo 5, Malay Regiment, Kanang, Leftenan Adnan dan apapun filem genre kombat buatan Malaysia, telah dipotong dengan kehebatan filem PASKAL ini. Pada saya, filem PASKAL telah jadi johan keseluruhan. Welldone!

2. MENYAMPAH.. sebab baru semalam masuk gaji, hari ini kena bayar tiket masuk wayang. Saya memang jenis tak tengok cerita melayu di wayang, bukan standard saya kononnya.. saya hanya tengok percuma saja di internet kalau cerita melayu.

Tapi filem PASKAL ni, buat saya terkedu. Konfom lepas ini akan repeat nak tengok lagi dengan kawan-kawan pulak. Habislah duit saya, tapi apakan daya, filem ni berbaloi sangat menontonnya! Terbaik!

3. GERAM.. sewaktu dalam wayang tengok filem itu tadi, saya tak boleh nak terlelap sekejap pun. Selalunya memang saya akan terlena dalam wayang walau pun cerita hantu. Jalan ceritanya memang menarik…

Yg buat saya tambah geram, tiba-tiba airmata saya mengalir. Saya boleh menjiwai kejadian-kejadian dan apa yg filem ini tunjukkan, sebab saya pun pernah merasakan seperti dalam filem itu. Tak guna punya filem PASKAL, habis hilang macho dan kejantanan saya. Tabik!

4. SEDIH.. Mestilah saya sedih. Bukannya tak kenal pegawai dan anggota PASKAL, saya amat kenal mereka. Saya pernah beroperasi rutin dan operasi khas, bertugas, bersukan, beramah mesra, berlatih sama-sama mereka. Sepanjang menonton tadi, saya terbayang muka-muka mereka. Saya tahu mereka siapa, saya tahu kebolehan dan pengorbanan perit mereka.

Itu buat airmata saya tambah mengalir.. Alangkah ruginya kalau filem ini tidak ditonton oleh rakyat Malaysia. Walaupun saya tak minat dan tak kenal pun pelakon-pelakon utama filem ini, tetapi keseluruhan pelakon tambahan dan yg dibelakang tabir, memang semua anggota PASKAL yg sebenar. Pergilah tengok. Hargailah!

5. BENGANG.. mahu tak bengang dalam kepala. Saya baru saja hantar surat memohon untuk bersara awal dari tentera. Lepas tengok filem itu tadi, terasa macam nak minta balik surat itu dan koyak. Terus naik semangat membuak dalam dada, terasa diri saya macam kuat dan muda semula. Korang ni team PASKAL, buat saya benganglah. Jangan la buat filem macam ni lagi.. itew x quad la, awaqs goda itew cam nk suro itew cambung keje jew. Muah cikit, muahh! Hehehe

Tambahan- Saya tak mahu komen apa-apa tentang CGI kerana ini bukan cerita hollywood yg modal $100juta.. Sebagai jurulatih tentera, yg saya nampak, semua skill, teknik dan taktik tentera yg digunakan dalam filem ini, ianya 100% PERFECT!

Kesimpulan, saya nak beri 3 cadangan=

1. Filem ini mesti ditayangkan di sekolah-sekolah, kolej serta universiti, untuk memberi impak patriotik kepada jiwa anak-anak muda.

2. Mohon kerajaan perbanyakkan lagi filem berkualiti sebegini dengan peruntukan bajet yg bagus, berdasarkan kisah-kisah sebenar dalam tentera.

3. Saya cadang filem PASKAL ini dicalonkan mewakili Malaysia dalam mana-mana festival filem level asia dan dunia.

Ikhlas dari saya dan isteri,

Mejar Mohd Fitri

Regimen Askar Melayu Diraja

(ex JL Sniper, JL Tinjau, JL Survival, JL Operasi Hutan, JL Tactics)

-dan-

Sarjan (Ustzh) Nurul Shuhada Rahim

Kor Agama Angkatan Tentera

#PASKALTheMovie

Memang Terbaik!

sumber: Facebook Mejar Mohd Fitri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *