, , , ,

Tahukah Anda Masjidil Haram Pernah Ditutup 40 Kali? Ini Sebabnya

Salam.my – Wabak pandemik COVID-19 menyebabkan Masjidil Haram menghadapi kemungkinan untuk ditutup. Tetapi ini bukan kali pertama ia ditutup, tahukah anda sebelum ini tanah suci ini pernah ditutup sebanyak 40 kali?

Berikut adalah beberapa kejadian penting dalam sejarah sehingga menyebabkan penutupan Masjidil Haram.

Pembunuhan Jemaah Haji (865 Masihi)

Pada 865 Masihi, Ismail bin Yousef, yang dikenal sebagai Al-Safak, melancarkan serangan di Gunung Arafah yang menghadap ke Mekah. 

Pada masa itu, Al-Safak terlibat dengan konflik dengan Kekhalifahan Abbasiyah yang berbasis di Baghdad. Peristiwa ini telah mengorbankan banyak jemaah.

Ini menyebabkan haji dibatalkan pada tahun itu.

Golongan Syiah Ismaliyyah (930 Masihi)

Di peristiwa ini, Abu Thahir al-Qaramithi yang merupakan dari golongan Syiah Ismailiyyah telah datang ke Mekah lalu membunuh jemaah yang sedang menunaikan ibadah haji.

Selain itu, batu Hajar Aswad juga telah dicuri dan hanya dikembalikan selepas 22 tahun disimpan di daerah Hajr.

Perselisihan Faham Di Antara Bani Abbas dan Bani ‘Abid (983 Masihi)

Ibadah haji di Masjidil Haram pada 983 Masihi dibatalkan oleh kerana faktor politik. Ia melibatkan Abbasiyah di Iraq dan Suriah dan Fatimiyah di Mesir.

Perselisihan ini telah menghalangi jemaah yang membuat perjalanan ke Mekah untuk melakukan ibadah Haji. Hanya pada tahun 991 baru dibenarkan untuk jemaah haji kembali .

Serangan Tentera Mongol (1258 Masihi)

Peristiwa ini merupakan antara peristiwa yang paling gelap dalam sejarah Islam. Tentera Mongol membuat serangan ke atas pusat pemerintahan Islam di Baghdad, Iraq.

2 juta orang telah dibunuh termasuk khalifah. Buku-buku juga dibuang ke dalam sungai.

Ini telah menyebabkan umat Islam takut untuk menunaikan haji kerana mereka takut tentera Mongol akan membunuh mereka pada masa itu.

mekah ditutup

Wabak Taun Atau Kolera (1814 Masihi)

Pembatalan ibadah haji di Masjidil Haram bukan sahaja disebabkan peperangan atau konflik tetapi juga disebabkan oleh penyakit. Salah satunya adalah wabak taun atau kolera.

Wabak penyakit ini telah menyebabkan lebih kurang 8,000 kematian. Oleh itu, kawasan Mekah ditutup untuk mengelakkan risiko dijangkiti.

Ini kerana wabak taun atau kolera adalah penyakit berjangkit yang membuatkan mereka yang terkena muntah-muntah dan selalu buang air.

Wabak Hindi (1831 Masihi)

Pada tahun 1831, wabak Hindi yang dipercayai datang dari India telah mengorbankan tiga perempat jemaah haji.

Kebanyakan jemaah meninggal selepas mereka membuat perjalanan selama berminggu-minggu untuk melakukan ibadah haji.

Penyakit Berjangkit (1837 Masihi)

Pada masa ini, kawasan Mekah ditutup selama 3 tahun sehingga 1840. 

Ibadah haji tidak dilakukan selama tiga tahun kerana penyakit berjangkit yang telah membahayakan mereka yang berada di tanah suci.

Wabak Taun (1846 Masihi)

Wabak taun juga telah kembali pada tahun 1846.  Serangan taun telah menyebabkan kematian lebih dari 15,000 orang dan menjangkiti penduduk di Mekah selama 4 tahun sehingga 1850. Malangnya, disebabkan ini Mekah ditutup.

Penyakit Berjangkit (1858 Masihi)

Penyebaran penyakit berjangkit yang sangat teruk juga telah menyebabkan penangguhan ibadah haji pada tahun 1858. 

Ini telah memaksa penduduk Hijaz berhijrah ke Mesir untuk menyelamatkan diri mereka. Pusat kuarantin juga telah dibangunkan di Mesir untuk mengawal pandemik ini.

mekah ditutup

Wabak Kolera (1892 Masihi)

Pada tahun tersebut, keadaan telah menjadi sangat teruk sehingga terdapat laporan bahawa mayat bertimbun-timbun sebelum dapat dikebumikan.

Ia telah menyebabkan kematian ribuan jemaah haji dan juga menyebabkan kematian di Arafah dan Mina. Wajarlah Mekah ditutup pada waktu ini bagi mengelakkan lebih banyak jangkitan.

Penyakit Meningitis (1987 Masihi)

Oleh kerana penyebaran penyakit yang sangat cepat, ia telah menyebabkan lebih kurang 10,000 jemaah haji dijangkiti meningitis.

Ini telah menyebabkan ibadah haji ditutup lagi sekali.

Kesimpulannya, sudah terdapat banyak peristiwa yang menyebabkan penutupan Masjidil Haram dan sekaligus penangguhan ibadah haji.

Semoga wabak COVID-19 berakhir supaya umat Islam dapat mengerjakan ibadah haji dan dapat menziarahi Masjidil Haram.

sumber: korbanaqiqah.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *