, , ,

Video Donald Trump Mendengar Bacaan Ayat Al-Quran

Video Donald Trump Mendengar Bacaan Ayat Al-Quran | Seorang Imam yang dijemput untuk perkhidmatan doa pelbagai agama dalam majlis perasmian Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat telah menggunakan peluang untuk membaca beberapa ayat-ayat al-Quran untuk memberi mesej yang jelas kepada presiden ke-45 Amerika Syarikat itu.

Kempen pilihan raya yang menyaksikan kemenangan Donald Trump merupakan salah satu kempen yang paling penting dalam sejarah politik Amerika dengan banyak kenyataan menghina yang dibuat terhadap Mexico, Latin dan umat Islam seluruh dunia.

Imam Mohamed Magid, Pengarah Eksekutif Persatuan Muslim Dulles membacakan ayat-ayat berikut di hadapan Presiden Donald Trump, keluarganya dan termasuk Naib Presiden Michael Pence:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” – Surah Al-Hujarat, Verse 13

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”- Surah Ar-Rum, Ayat 22

Tonton Video Donald Trump Mendengar Bacaan Ayat Al-Quran

Imam ini telah dikritik kerana menghadiri majlis itu oleh sekumpulan masyarakat Islam tetapi jika dilihat dari sudut positif, dia telah menggunakan peluang itu untuk membaca ayat-ayat Al-Quran di hadapan presiden baru seterusnya menyampaikan mesej dari ayat-ayat yang diturunkan Allah.

sumber: http://ilmfeed.com/donald-trump-listens-to-quran/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *