, , , , ,

Video: Punca Kalah Besar PRK Tanjung Piai? Ini Jawapan Sentap Dr MAZA

Salam.my – Pemimpin-pemimpin PH terkejut dengan keputusan PRK dan hendak membuat post-mortem kenapa menerima kekalahan begitu teruk? Ini jawapan Dr MAZA yang perlu mereka ambil kira.

Dalam sebuah video di Facebook Dr. MAZA, Keputusan PRK Tanjung Piai ~ Dr. Maza, Dr. Maza kongsikan punca kekalahan PH dalam pilihanraya kecil Tanjung Piai pada 16 November 2019 lepas.

Dr Maza memulakan penjelasan beliau dengan “Benda yang mungkar, dan benda yang tak betul, benda salah, perlu diubah. Adakah tindakan rakyat itu betul? Ya”

Dr MAZA menyatakan sokongan beliau dalam perubahan (politik) lepas, tapi berasa kesal apabila pihak yang menguruskan perubahan tidak menguruskan dengan baik.

Janji-janji seperti pemansuhan PTPTN dan tol tidak ditunaikan.

Katanya masalah (utama) rakyat dalam negara ini, ialah masalah ekonomi.

Sepatutnya mereka yang dilantik mendapat kuasa beri fokus untuk kuatkan ekonomi serta keamanan.

Tapi tidak, sebaliknya banyak isu perkauman yang dibangkitkan, soal agama dan kaum yang difokuskan

Akhirnya isu perkauman bertambah kuat di Malaysia. Hari-hari kita dengar isu Zakir Naik, isu tulisan jawi, isu sekolah dan isu perkauman.

Kesannya ini menyebabkan kaum melayu khususnya dan bangsa lain tak happy.

Jelas Dr Maza, bukan semua, tapi kebanyakan mereka, khususnya segolongan bukan melayu yang rasis. Dr Maza juga menyebut beberapa nama.

Kata Dr Maza, dalam negara kita, apa yang diperlukan ialah hidup dengan aman serta dapat amal agama masing2

Tapi apa yang berlaku sebahagian kaum bangkitkan isu perkauman yang merupakan retorik politik.

Yang dikejar ialah keamanan, tapi mereka timbulkan isu islam, cuba hapuskan identiti negara ini yang berkaitan dengan islam

Sepatutnya kekalahan teruk PRK Tanjung Piai menjadi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin PH

Dr Maza juga mencadangkan “Dinasor politik” perlu ditukar kepada golongan baru, perlu proses transisi agar Malaysia lebih aman dan dapat fokus membina negara.

Jadi manusia yang peka, bukan pekak.

Tonton video penuh Keputusan PRK Tanjung Piai ~ Dr. Maza di Facebook Dr Maza, PROmediaTAJDID

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *