, , ,

Allahuakbar! Masjid Imam Syafie Gaza Siap Dibina Semula Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia

Salam.my – Alhamdulillah, Masjid Imam Syafie, masjid terbesar di Gaza, Palestin telah berjaya dibina semula oleh NGO Malaysia, Aman Palestin setelah dibom oleh Israel pada tahun 2014. Berikut perkongsian artikel daripada Aman Palestin

Alhamdulillah #ProjekKita | MAJLIS PERASMIAN MASJID IMAM SHAFEI, GAZA

1⃣ Alhamdulillah pada tanggal 1 Februari 2019, setelah beberapa tahun pelaksanaan pembinaan Masjid Imam Shafei, kini ia telah dibuka secara rasminya untuk masyarakat di Gaza.

2⃣ Masjid terbesar di Gaza ini ditaja sepenuhnya oleh Aman Palestin dan dibina dengan kerjasama Kementerian Wakaf Gaza. Ianya hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia, Indonesia dan lain-lain.

3⃣ Masjid ini mampu memuatkan seramai 5,000 orang dalam satu masa untuk beribadah dan memakan belanja sebanyak USD$ 2.65 juta (sekurang-kurangnya RM10.8 juta).

4⃣ Terima kasih rakyat Malaysia, Indonesia dan semua yang telah terlibat secara langsung ataupun sebaliknya. Berbahagialah mereka yang mempunyai saham dalam pembinaan masjid ini.

5⃣ Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak seumpamanya” (HR Muslim).

6⃣ Sumbangan wakaf tunai masih dibuka dengan nilai serendah RM50 sahaja bagi melunaskan bayaran terakhir masjid ini. Anggaran yang masih diperlukan ialah RM2 juta. Moga peluang dan ruang ini kita rebut bersama insya Allah.

☑ Sumbangan boleh disalurkan ke akaun atas nama Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

☑ Maklumkan kepada kami transaksi sumbangan anda ke:

019-337 5018 – Izzat
07 457 0731 – Pejabat
Emel: amanpalestin@gmail.com

ATAU KLIK👇
wasap.my/60193375018/WakafMasjid

sumber: Aman Palestin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *