, , ,

Biodata Ustaz Mohamad Auni

Salam.my – Ustaz Auni Mohamad terkenal dengan ceramahnya tentang pelbagai teori konspirasi, iluminati, di sebalik mesej movie seperti Lord of The Rings, dan sebagainya. Tahukah anda siapa dia Ustaz Auni Mohamad?

Ustaz Auni bin Mohamad, seorang penceramah bebas yang berasal dari Pasir Mas Kelantan dan sekarang menetap di Pulau Pinang demi tugas sebagai guru di sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Relau, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Sudah 13 tahun duduk di Pulau Pinang (tahun sekarang ini 2017).

Antara ceramah Ustaz Auni yang pernah dikongsikan di Salam.my:
1. Pembongkaran Siapa Pembina Piramid Dan Inilah Teknologi Yang Telah Dilenyapkan Oleh Allah
2. “Titanic” Kebetulan @ Dirancang? Pendedahan Oleh Ustaz Auni
3. “Buddha Maitreya Sebenarnya Nabi Muhammad?” – Ustaz Auni Mohamad

Ustaz Auni ini memang sempoi bab sejarah, sebab dia boleh cerita sejarah silam, sejarah bible, sejarah peperangan, sejarah para Nabi, dan banyak lagi. Kuat ingatannya!

Semua cerita pasal iluminati dan freemason, semuanya dia boleh cerita. Paling best, ustaz ini, selamba takde kitab, otak seperti CPU komputer, selamba je terang. Paling bagus, dia ni takdalah kelakar, dia cakap straight to the point, tanpa henti. Buat hamba enjoy mendengarnya. 

Sesiapa suka dengar kisah-kisah para Nabi dan berkaitan sejarah atau sirah, marilah kita dengarkan ceramah Ustaz Auni ini. Ustaz Auni suka cerita bab sejarah dan kaitkan dengan amalan dan perihal akhir zaman. Satu buku yang tebal diterangkan dengan mudah oleh Ustaz Auni.

Tak rugi dengar kuliah agama nih. Ianya menambah ilmu pengetahuan kita dan meningkatkan iman kita. Semoga rahmat Allah senantiasa berada bersama-sama dengan kita. Amin.

Boleh tengok semua video ini dari channel Youtube Abu Khadijah Studio kebanyakannya.

sumber: nzfoodandbeverages.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *