, , , ,

Raadeyah Aamir, Muslimah Pertama Di Dunia Bakal Jadi Angkasawan?

Salam.my – Remaja perempuan berumur 12 tahun ini bakal jadi angkasawan muslim pertama di dunia? Beliau bakal menjadi remaja Muslimah pertama mendapat latihan di NASA.

Raadeyah Aamir, yang baru berusia 12 tahun dipilih untuk satu program latihan di NASA (National Aeronautics and Space Administration) dan merupakan Muslim perempuan termuda yang pernah di terima masuk ke NASA.

Raadeyah Aamir berasal dari kota Karachi, Pakistan dan masih belajar di gred ke-8 di British Overseas School di Karachi. Raadeyah akan melawat Pusat Angkasa Kennedy untuk menjalani latihan Angkasawan selama satu minggu sebagai satu program latihan oleh NASA.

Kedutaan Amerika Syarikat mengesahkan berita ini dengan menyiarkannya di laman Facebook sebagaimana dipetik :

“Raadeyah Aamir will be attending a week program at NASA for Astronaut Training Experience, as 12 years old Pakistani student has been selected for this program”

-United States Embassy written on Facebook

Raadeyah akan menjalani  latihan dalam sekumpulan 26 individu. Sesi ini akan merangkumi latihan Simulasi Angkasawan dan Micros Gravity Spacewalk. Tujuan utama latihan ini adalah untuk memberikan motivasi kepada angkasawan muda tentang apa yang bakal dilalui semasa berada di angkasa kelak.

Apabila tiba waktunya, Raadeyah akan dapat mengendalikan tekanan, pengalaman dan teknologi dalam kehidupannya sebagai angkasawan di sepanjang perjalanan yang dilalui dari bumi ke angkasa.

Masyarakat dari seluruh dunia mengucapkan tahniah kepada Raadeyah atas kejayaannya melangkah masuk ke NASA kerana ianya bukan sesuatu yang mudah. Bukan itu sahaja, kejayaan ini menjadikan masyarakat Muslim seluruh dunia berasa bangga dengan pencapaiannya sebagai seorang remaja wanita yang tidak pernah berhenti berusaha untuk  mencapai apa yang di hajatinya.

Ini merupakan saat yang membanggakan bagi ibu bapa dan bagi orang-orang yang melatihnya. Kami berharap Raadeyah berjaya dalam kerjayanya dan membuktikan kepada dunia bahawa orang Islam juga bijak serta mampu bersaing dengan bangsa lain di seluruh dunia.

Sumber: http://theislamicinformation.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *